Author: Pemuda PAS Paka
•11/04/2009 10:39:00 PM

Kenapa Perubahan Islam?


Sesungguhnya perubahan yang mengikut ciri-ciri yang telah disebutkan itu merupakan suatu kefardhuan dari segi syara’ dan penting dari segi kemanusiaan.

Adapun dari segi syara’, dengan sebabkan terbengkalainya 'hakimiyah Allah' di muka bumi dan berkuatkuasanya sistem dan perundangan ciptaan manusia ke atas masyarakat umat manusia, wajib setiap orang Islam mengambil inisiatif melakukan perubahan dan memulakan cara hidup Islam sebagai memenuhi tuntutan Islam. Firman Allah swt yang bermaksud:

" Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, Kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya. " (An-Nisa' : 64 )

"Tentang apapun kamu berselisih, maka putusannya terserah kepada Allah. Itulah Allah tuhanku. KepadaNya aku bertawakkal dan kepadaNyalah aku kembali." ( As-Syura : 10 )

Usaha bagi mewujudkan sebuah masyarakat Islam tidak akan tercapai tanpa perubahan. Hukum-hukum dan kewajipan syara' tidak mungkin dilaksanakan tanpa negara, dan mengikut satu kaedah syara':

'Sesuatu yang tidak menyempurnakan satu kewajipan yang lain melainkan dengannya, maka ia juga wajib hukumnya.'

Perubahan Islam dianggap menjadi suatu perkara penting bagi umat manusia kerana banyak sebab dan alasan yang boleh kita simpulkan adalah seperti berikut:-

* Melepaskan umat manusia dari kehinaan dan kecelakaan yang diakibatkan oleh peradaban barat.

* Bankrapnya tamadun negara barat menjadikan perubahan Islam itu suatu keperluan yang mendesak kepada umat manusia.

* Hancur leburnya 'kayan-kayan' (bentuk) aqidah di dunia memerlukan kepada perubahan secara Islam dan penyelesaian Islam.

* Pandangan yang mendalam dan teliti terhadap kedudukan dunia Islam kini memerlukan perubahan Islam ini iaitu.

Ada negara-negara yang mendakwa sebagai negara Islam, dalam waktu yang sama memburukkan wajah Islam dan hakikat Islam dengan melakukan apa yang sebenarnya jauh dari Islam!

Ada negara-negara Islam lain yang mengadu bahawa ia dikuasai oleh parti-parti kiri atau kanan yang rakyatnya diperintah di bawah besi dan api, dan Islam diperangi tanpa ada tolak ansur lagi.

Ada negara Islam yang menjual diri dan maruah kepada blok timur mahupun blok barat, menjadikan rakyat dan hasil negaranya hanya bagi kepentingan penjajahan.

Kenyataan yang pahit ini sedang dialami oleh umat manusia dan dunia memerlukan perubahan itu hinggakan ia sampai ke peringkat wajib. Adalah penting untuk melepaskan dunia Islam dari keadaan yang ada, supaya Islam dapat mengambil pimpinan bagi menunjuk dunia kepada hidayah dan seterusnya melepaskan manusia dari kehilangan pegangan dan terkapai-kapai. Seperti Firman Allah swt yang bermaksud:

"Dan demikian (pula) kami Telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." (al-Baqarah : 143 )

Ada segolongan orang pula berpendapat bahawa perubahan Islam tidak ada faedahnya selain dari mendapat keredhaan Allah di akhirat dan terlepas dari siksaanNya. Tanpa menafikan pentingnya sudut akhirat, Perubahan Islam memberi keuntungan di dunia sebelum di akhirat. Antara lainnya:-

- Tercapainya keimanan kaum muslimin, kewujudan mereka, aqidah dan juga akhlak mereka.

- Tercapainya wahdah (Penyatuan) muslim dan kekuatan mereka yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah politik dan ketenteraan mereka.

- Tercapainya keadilan dan kecukupan dalam kehidupan berekonomi.

- Tercapainya kewujudan individu soleh, usrah solehah, masyarakat baik dan negara yang baik.

- Tercapainya gambaran dari prinsip perundangan dan sistem Islam dalam realiti bukan sahaja sebagai suatu ideal.

- Terbangunnya suatu kuasa ketiga antara dua blok yang sering bertentangan (timur/barat). Ini mengujudkan perimbangan di dunia dan menghentikan pertentangan antara kuasa timur dan kuasa barat serta pencabulan mereka yang berterusan ke atas keselamatan dan keamanan bangsa-bangsa yang lemah serta hak mereka untuk hidup merdeka sepenuhnya.

- Tercapainya kepimpinan Pemikiran Islam dan penguasaan 'manhaj' Islam selepas bankrapnya tamadun barat dan runtuhnya ideologi-ideologi taghut di dunia.

al-Marhum Syeikh Fathi Yakan
Author: Pemuda PAS Paka
•11/02/2009 03:40:00 PM

HIMPIT 10K


GELIGA : Suatu suasana yang amat merangsangkan kepada para pemuda Islam yang berada di Terengganu ini, dengan himpunan sejumlah hampir 10 000 orang, memperhebatkan lagi serta mengizzahkan lagi PAS, gerakan Islam yang selari dengan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, Kontijen Dungun dengan jumlah pemuda hampir 800 orang, telah menempah nama sebagai Kontijen Terbaik dalam HIMPIT 10K ini. Pemuda Paka dengan jumlah pemuda yang menyertai HIMPIT ini seramai 210 orang, membuktikan pemuda Islam di Paka ini bersama dengan perjuangan Islam PAS. Syabas Pemuda Paka !

Walaupun berada di bawah payungan hujan yang turun renyai-renyai, tidak mematahkan semangat perjuangan Islam yang ada dalam pemuda Paka khususnya dan semua pemuda Terengganu amnya. Sanggup bernaung di bawah hujan, yang sedikitpun tidak memudaratkan diri selaku seorang pemuda Islam yang gagah berani, kental, bahkan sanggup menyahut cabaran untuk menentang pemuda dan putera UMNO.

Islam mengharapkan pengorbanan, bukan setakat sumbangan. Pengorbanan dalam memperjuangkan Islam dibayar dengan keberkatan, kerahmatan dan pahala Allah taala. Inilah janji yang dijanjikan oleh Allah taala kepada pemuda yang memperjuangkan agamaNya.


[“Kita (Pemuda PAS) kena sedar bahawa pemuda sebagai obor perjuangan ini telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama di medan perjuangan Islam.

“Kita (Pemuda) berjihad menentang ‘musuh’ Allah SWT, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan mempertahankan syakhsiah ummah,”

“Saya harap semoga Himpit 10K yang diadakan ini menjadi medan buat generasi pemuda menyahut seruan “Pemuda Adalah Obor Perjuangan” untuk memperlihatkan Islam terus berdaulat di atas muka bumi Allah SWT.

Pemuda PAS tidak pernah takut dan gentar dengan sebarang bentuk cabaran demi menegakkan daulah Islamiah di negara tercinta ini... Tegas Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.]





















Author: Pemuda PAS Paka
•10/29/2009 08:53:00 AM

Konvoi HIMPIT Pemuda Paka Ke Geliga, Kemaman


Berkumpul Di Markaz PAS Cawangan Cacar Baru

Pada 30 Oktober 2009

Jam 07 Pagi

Memakai Baju T-Shirt HIMPIT 10 K

Bawa Bersama Kad Pengenalan, Lesen Memandu dan Memastikan Kenderaan Dalam Keadaan Selamat


Jom Kite Berkonvoi
Author: Pemuda PAS Paka
•10/28/2009 07:50:00 AM

Yayasan Amal Cawangan Terengganu ke Padang


20hb Okt 2009 – Sekumpulan 6 orang petugas dari Yayasan Amal Terengganu telah bertolak ke Pariaman, Padang, Indonesia bermula dari 15hb Okt 2009 selama 4 hari, bagi misi kemanusiaan setelah bumi Minang tersebut dilanda kegoncangan gempa bumi pada kekuatan 7.6 S.R pada 30hb September 2009 baru-baru ini.

Kumpulan kedua dari Yayasan Amal Malaysia ini telah diberikan tugasan untuk membantu mencapai sasaran menyediakan 12 telaga sumber air bersih yang sangat – sangat diperlukan oleh masyarakat yang ditimpa musibah kepada beberapa buah kampung di persekitaran POSKO di kampong Lubuk Pandan yang menjadi pusat operasi kami di sana. Dengan kepakaran teknologi penyediaan “tube-well” yang banyak dipraktikkan di negeri Kelantan & Terengganu, Yayasan Amal Malaysia berkeyakinan, keperluan mendesak kepada sumber bekalan air bersih itu dapat dipenuhi.

Di antara kampung yang berjaya disiapkan sumber air bersih itu adalah Kampung Lubuk Pandan, Kampung Si Gaung, Kampung Segenting, Kampung Penyalai dan Kampung Teluk Asam. Tidak dapat digambarkan, kegembiraan bagi penduduk setempat apabila setiap kali kerja – kerja mendapatkan sumber air bersih bagi kegunaan mereka siap diusahakan.

“Kami merasa puas apabila setiap satu telaga disiapkan disambut dengan gembira oleh penduduk kampung, walaupun badan kami keletihan” ujar Mohamad dari Dungun yang mana penggalian telaga kaedah ini sudah tidak asing bagi dirinya di Dungun, Terengganu.


Bagi En Zaradi Bin Su, 44 tahun, beliau merasa amat berterima kasih kepada ke semua penyumbang-penyumbang yang telah menderma melaluinya sebelum beliau berangkat mengikuti misi Yayasan Amal Terengganu ke Padang. “ Banyak yang telah dimanfaatkan hasil sumbangan orang ramai, antaranya pembelian peralatan, paip, pam air dan keperluan-keperluan lain”, ujarnya.

Pada hari keempat misi kedua Yayasan Amal di sana, satu program bersama masyarakat setempat telah disusun untuk majlis pengagihan selimut dan sumbangan makanan kepada kanak-kanak. Dalam majlis itu juga, penduduk di situ telah dimaklumkan dengan usaha kami bagi menyegerakan penggalian telaga air bersih dan kerja-kerja kaunseling kepada pelajar di sekolah-sekolah. Berkebetulan juga, di lokasi majlis tersebut, terdapat sebuah telaga yang siap dibina telah menjadi ikon perasmian “sumur bor” (Tube-well) Yayasan Amal Malaysia.

“Dianggarkan, tidak kurang dari 200 orang penduduk telah mengambil kesempatan menerima sumbangan derma dari kami, rata-rata mereka meluahkan rasa amat bersyukur dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada kami, ini sekaligus, menolak provokasi pihak media tentang adanya konfrontasi antara Malaysia – Indonesia. Kami diberi layanan dan kerjasama yang baik dari kesemua penduduk yang ditemui”- ulas Wan Adib dari Paka.


Dalam majlis yang diadakan pada sebelah petang hari kempat operasi itu, Selimut, Sarung dan beberapa jenis makanan keperluan telah selamat diagihkan kepada lebih 200 orang penduduk. Rombongan bertolak kembali ke tanahair pada 20hb Oktober 2009, Selasa.

Peserta misi kedua Yayasan Amal Malaysia Terengganu :-

Mohd Saifuddin Awang
Mohd Zuber Salim
Wan Mohd Adib Wan Zain
Mohd Zaradi Bin Su
Mohammad Bin Jusoh
Mohd Sabri Abu Bakar
Author: Pemuda PAS Paka
•10/24/2009 12:14:00 AM
Pidato Perdana HIMPIT 10K

Author: Pemuda PAS Paka
•10/22/2009 04:28:00 PM

Pemahaman Tentang Perubahan Islam


Berbagai-bagai pendapat dan pandangan tentang pemahaman Perubahan Islam sehingga ia menjadi suatu keperluan bagi kita menentukan pemahaman yang sebenar, yang tidak menjadikannya suatu konsep yang salah.

- Perubahan Islam bukanlah suatu fenomena politik bagi sebuah negara.

- Ia juga bukanlah satu ketetapan yang lahir dari sebuah negara yang mengharamkan hanya sebahagian apa yang diharamkan Allah, atau melaksanakan sebahagian dari syariat Allah.

- Ia bukanlah merupakan nas dalam perlembagaan di sebuah negara yang menyatakan agama rasminya ialah agama Islam atau ketua negaranya semesti seorang yang beragama Islam.

- Dalam Perubahan Islam, tidak tergambar hukuman gantung atau hukuman bunuh sebilangan kecil atau sebilangan besar mereka yang menyeleweng samada dari segi politik mahupun akhlak.

- Perubahan Islam tidak berlaku dengan hanya menghapuskan kebatilan tanpa menelurkan hak.

- Perubahan Islam tidak mungkin akan bercanggah dengan kepastian ilmiah atau bertentangan dengan kemajuan teknik.

- Sesungguhnya perubahan Islam itu adalah dengan meruntuhkan asas masyarakat jahiliah pada sudut pemikiran, perundangan dan juga prinsip-prinsip. Dan menggantikannya dengan pemikiran, perundangan dan prinsip-prinsip Islam di tempat itu.

- Perubahan Islam bererti melaksanakan 'Ubudiyah' manusia kepada Allah di dalam semua urusan kehidupan individu dan awam.

- Perubahan Islam bererti kesetiaan dan kepatuhan masyarakat, bangsa dan pemerintah hanya bagi Allah Rabb al-Alamin.

- Perubahan Islam ialah perubahan dari akar umbi secara menyeluruh dan mencabut segala bentuk 'kayan' jahiliah dan bukannya usaha tempelan atau memperbaiki beberapa sudut sahaja dengan celupan Islam.


Syeikh Fathi Yakan
Author: Pemuda PAS Paka
•10/20/2009 11:25:00 PM
Banner HIMPIT 10K